Rabu, 4 Mac 2020

KEMANA HALA TUJU ANDA?

Tips hala tuju selepas SPM !!!



Hai assalamualaikum semua, sudah pasti terdapat pelajar lepasan SPM masih tercari-cari destinasi dan hala tuju kerjaya maing-masing selepas SPM. Semestinya sukar untuk anda membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan anda sendiri dan sudah pasti ianya lebih mencabar serta perlu pengorbanan untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik. oleh itu, di sini terdapat haluan perkongsian mengenai pilihan kerjaya selepas SPM yang diharapkan boleh memudahkan anda untuk membuat pilihan. 




1. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA(STPM)
  
-Ramai pelajar-pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka  selepas SPM. Tetapi Tingkatan 6 juga antara haluan sambung belajar yang kurang popular dalam    kalangan  lepasan SPM disebabkan dikatakan seperti sambung ke alam persekolahan semula dan ada anggapan yang menyatakan "membunuh diri" sekiranya sambung ke tingkatan 6. Tapi sedar tak anda, STPM merupakan haluan yang mempunyai banyak kebaikannya sendiri. Ini kerana, kalau memohon UPU untuk kategori STPM/Setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM akan diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.

2. KOLEJ MATRIKULASI 

-Sekiranya anda tidak berjaya mendapat tempat dalam program asasi melalui UPU, anda masih boleh menyambung pengajian asas di kolej-kolej matrikulasi dalam bidang sains, perakaunan dan teknikal ianya sama saja seperti program asasi. Selepas matrik, pelajar boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/Setaraf di mana pelajar akan memilih course untuk pengajian ijazah pelajar. Matrik terdapat programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM pelajar itu. 

3. LUAR NEGARA

-Pelajar-pelajar yang mendapatkan biasiswa akan melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti di UK, US, AUSTRALIA, NEW ZEALAND, INDONESIA, INDIA, JAPAN, KOREA.

4. PROGRAM ASASI 

-Program asasi ini juga seperti matrikulasi tetapi yang membezakannya adalah asasi dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Bagi pelajar yang mendapat program asasi ini, majoriti universiti ada menyediakan tempat khas untuk lepasan asasi universiti ini. Jadi sebelum memilih asasi, pastikan anda tentukan terlebih dahulu  kos degree yang anda minati.\

5. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM)

-Bagi pilihan halatuju ini pula, STAM lebih tertumpu kepada anda yang khususnya aliran agama. Anda tidak perlu risau kerana dengan menggunakan STAM juga anda boleh menyambung pelajaran keperingkat Universiti Awam malahan peluang belajar di luar negara adalah sangat mudah seperti contoh MESIR, JORDAN, dan TURKEY.

6. DIPLOMA

-Untuk anda yang ingin melanjutkan pelajaran bagi Diploma mengikut kos yang diminati, ini adalah pilihan yang tepat kerana pelbagai kursus akan ditawarkan di universiti-universiti awam(IPTA) dan juga Swasta(IPTS) di Malaysia. Di universiti, terdapat pelbagai kemudahan disediakan yang tidak perlu dirisaukan lagi apabila ingin melanjutkan pelajaran kerana kemudahan seperti kolej kediaman, tempat riadah, masjid, kompleks sukan, wifi free, koperasi, perpustakaan, dan juga pusat kesihatan universiti. 

7. POLITEKNIK

-Politeknik juga merupakan pilihan yang popular dan tepat bagi anda yang meminati apa-apa jua kemahiran. Malah, politeknik juga menawarkan pelbagai kos seperti Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Pemasaran  dan banyak lagi. Tambahan lagi, peluang pekerjaan untuk graduasi politeknik juga luas kerana terdapat program latihan industri selama 6 bulan. Ini dapat meluaskan lagi pengalaman dan didedahkan seperti alam pekerjaan yang sebenar. Tempoh pengajian di Politeknik adalah selama 3 tahun. Yuran pengajian juga juga murah berbanding universiti awam. politeknik ini juga Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA). 


So itu sahaja perkongsian yang saya dapat kongsikan kepada anda semua yang harapnya dapat membantu dalam menetapkan hala tuju. Dan diingatkan juga kepada lepasan SPM supaya membuat penilaian atau kaji selidik dahulu atas minat anda semua sebelum melangkah ke peringkat seterusnya agar tidak kecundang di separuh jalan. AkhIR kata, selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan